Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin merakam gambar kenangan selepas menyerahkan bendera dan jersi pasukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK) (C) Chung Hua Tudan yang akan menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Foto: Mohamad Faisal Rambli (TVS)

Fasiliti sukan berkualiti, lahirkan atlet cemerlang

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 24 Feb: Lebih banyak fasiliti sukan akan dibangunkan di Sarawak khususnya di Miri sebagai langkah melahirkan atlet berpotensi dan cemerlang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, fasiliti sedia ada akan dipertingkat dari semasa ke semasa bagi menyokong perkembangan sukan.

“Kami juga merancang untuk membina trek untuk kegunaan pelajar. Oleh itu, saya berharap guru sukan akan memilih atlet-atlet cemerlang dari sekolah ini (SJKC Chung Hua Tudan). Ramai bekas pelajar sekolah ini telah menjadi atlet Sarawak yang menyertai pertandingan kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bendera dan jersi pasukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK) (C) Chung Hua Tudan yang akan menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

Menurutnya, sekolah tersebut mempunyai dua dewan sukan iaitu dewan bola tampar dan dewan serba guna yang boleh digunakan untuk penganjuran pelbagai acara sukan.

Fasiliti berkenaan turut berperanan sebagai medium penting dalam melahirkan lebih ramai atlet berkualiti di peringkat sekolah.

Untuk rekod, seramai 104 pelajar dari SJK(C) Chung Hua Tudan akan berentap dalam Kejohanan MSSM melibatkan acara bola tampar, ping pong, rentas desa, bola keranjang dan balapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan