Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Ruzaidi Mamat (dua kiri) bersama Pengerusi Eksekutif Rimba Razia, Datuk Seri Zakaria Abdul Razak (kiri) melihat ikan bersaiz gergasi yang dikenali sebagai Arapaima di Zoo Rimba Razia hari ini. Foto Bernama

Dua spesies ikan asing dikesan di Sungai Terengganu, Tasik Telabak

ByBernama

KUALA BERANG, 24 Feb: Jabatan Perikanan Terengganu mengesan kewujudan dua spesies ikan asing pemangsa yang boleh menjejaskan ekosistem marin di negeri ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Ruzaidi Mamat berkata spesies berkenaan ialah baung ekor merah dan ‘peacock bass’ yang dikesan di Sungai Terengganu di Hulu Terengganu dan Tasik Telabak di Besut.

Beliau berkata kewujudan spesies terbabit dilaporkan oleh pemancing, yang dipercayai dilepaskan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kewujudan spesies itu masih terkawal… tidak mencapai tahap yang boleh menjejaskan biodiversiti atau ekosistem perairan Terengganu.

“Namun, kita tetap menjalankan pemantauan bagi memastikan spesies ini tidak mengganggu populasi ikan tempatan,” katanya pada program Penandaan Ikan Larangan Import ke Malaysia di Bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import Dan Sebagainya Bagi Ikan) (Pindaan 2024) di Kampung Dusun di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ruzaidi mengingatkan semua pihak supaya tidak melepaskan spesies ikan asing secara sembarangan ke dalam sungai atau tasik kerana boleh menjadi ancaman kepada spesies ikan tempatan.

Selain itu, orang ramai yang berminat untuk memelihara ikan larangan import seperti arapaima atau pacu perlu memohon lesen khas yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Di Terengganu setakat ini hanya ada tiga individu diberi lesen atau sijil untuk menyimpan spesies ikan larangan import.

“Kita minta kepada sesiapa yang ada menyimpan atau memelihara spesies ikan larangan di premis masing-masing supaya memohon lesen dengan segera bagi mengelak didenda,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan