Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Komunikasi di Parlimen hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: SKMM turunkan lebih 10,000 akaun palsu

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama penyedia perkhidmatan internet dan media sosial berjaya menurunkan 10,167 akaun palsu sejak 2022 hingga 1 Februari lepas.

Bagi tempoh sama juga kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebanyak 130 kandungan fitnah juga dinyahaktifkan.

Beliau berkata selain itu, sebanyak empat laman sesawang berunsur hasutan dan satu laman sesawang berunsur fitnah telah dikenakan tindakan sekatan.

“Penyedia perkhidmatan juga telah mengambil langkah untuk menurunkan 24,791 kandungan palsu dan 6,840 kandungan jelik yang berkaitan dengan isu-isu sensitif 3R.

“Langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan SKMM untuk memastikan keselamatan dan kestabilan ekosistem rangkaian internet di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian Komunikasi pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambah Fahmi, selain penguatkuasaan, pihaknya turut menyediakan platform Sebenarnya.my dan MyCheck.my sebagai portal semak fakta untuk mengesahkan kesahihan maklumat yang tersebar di media sosial.

Sehubungan itu, Fahmi berkata SKMM baru baru ini memperkenalkan Chatbot AIFA (Artificial Intelligence Fact-Check Assistant) pada 28 Januari 2025.

“Chatbot ini membantu rakyat menyemak maklumat sahih dengan cepat dan mudah, serta mempercepatkan maklum balas terhadap maklumat tidak sahih.

“Dalam tempoh tiga minggu sejak pelancaran, AIFA telah memproses 57,782 mesej dengan secara purata 2,140 mesej setiap hari,” katanya.

Menurut beliau antara pertanyaan paling kerap diterima oleh AIFA adalah berkaitan bantuan kerajaan iaitu 38 peratus.

“Ini diikuti mengenai COVID-19 28 peratus, seterusnya ialah dakwaan Israel bakal jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa iaitu 15 peratus, kenaikan tarif elektrik (sembilan peratus) dan Mpox di Singapura 6 peratus,” katanya.

Kata Fahmi melalui usaha ini, SKMM dan Kerajaan terus memperkukuh langkah-langkah untuk menangani penyebaran maklumat palsu serta memastikan keselamatan ruang siber yang lebih terjamin bagi rakyat Malaysia. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan