Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kulasegaran menjawab pertanyaan berkaitan kelulusan pindaan Akta Audit 1957 (Akta 62) di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kelulusan pindaan Akta 62 perkukuh pengauditan dana awam

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Kelulusan pindaan Akta Audit 1957 (Akta 62) telah memberikan kuasa baharu serta skop yang lebih meluas kepada Ketua Audit Negara dalam menjalankan tugas pengauditan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M.Kulasegaran berkata, pindaan yang diluluskan pada 24 Julai 2024 antara lain telah memberi kuasa Ketua Audit Negara untuk mengaudit badan-badan lain.

Kata beliau ini termasuk syarikat-syarikat yang menerima jaminan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.

“Dalam usaha mempertingkatkan ketelusan dan akauntabiliti, sebarang kelemahan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) akan disusul oleh Ketua Audit Negara seperti yang dinyatakan dalam subseksyen 9A(1) Akta 62, sehingga tindakan susulan diambil berdasarkan syor yang diberikan,” katanya pada Waktu-Waktu Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kulasegaran menjawab pertanyaan Jamaludin Yahya (Perikatan Nasional-Pasir Salak) yang ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng memandangkan LKAN masih menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan membabitkan banyak agensi kerajaan.

Sementara itu beliau menjelaskan kerajaan juga memperkenalkan Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara sebagai platform pemantauan dalam talian untuk meningkatkan ketelusan serta memastikan tindakan susulan terhadap kelemahan kewangan yang dikenal pasti dalam LKAN.

“Sistem ini bertujuan mempercepatkan penyelesaian isu audit dan memperbaiki prestasi tadbir urus dalam sektor awam.

“Antara mekanisme baharu yang diperkenalkan dalam pindaan ini adalah pendekatan Follow the Public Money Audit yang bertujuan memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam Belanjawan negara tidak diselewengkan.

“Ini memberi satu langkah proaktif dalam menjamin penggunaan dana awam yang lebih telus dan berkesan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan