Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan berpandangan kajian lanjut mengenai had umur minimum memiliki media sosial di negara ini perlu dilaksanakan, kata Fahmi Fadzil. Foto AFP

Dewan Rakyat: Had umur minimum pengguna media sosial perlu dikaji

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Kerajaan berpandangan kajian lanjut mengenai had umur minimum memiliki media sosial di negara ini perlu dilaksanakan, kata Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, majoriti negara di dunia ketika menetapkan syarat berusia 13 tahun.

Beliau berkata keputusan itu berdasarkan terma dan syarat serta garis panduan yang disediakan oleh pemilik platform media sosial.

“Impak had umur penggunaan platform media sosial di negara ini perlu dikaji dengan teliti, disebabkan penggunaan secara meluas dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya pelajar yang menggunakan platform media sosial bagi tujuan pembelajaran dan mendapatkan maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian Komunikasi pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut Fahmi berkata, meskipun had umur ditetapkan, ibu bapa dan penjaga diingatkan supaya mengambil tanggungjawab memantau dan mengawasai aktiviti dalam talian anak-anak mereka.

“Saya juga berharap agar ibu bapa lebih peka terhadap pelbagai risiko dalam talian yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak dan turut menerokai kandungan serta platform alternatif yang lebih selamat selain daripada media sosial, serta mengaktifkan aplikasi parental control bagi mengawal akses kepada kandungan yang mungkin tidak sesuai,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan