Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menegaskan peranan Bintulu Port Holdings Berhad dalam pembangunan Sarawak amat jelas termasuk infrastruktur kritikal yang menghubungkan industri Sarawak dengan dunia, sama ada dalam sektor tenaga, petrokimia atau tenaga bersih. Foto Jazni Hanif (TVS)

Bintulu Port Holdings Bhd terus pacu pembangunan ekonomi Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 24 Feb: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) terus memainkan peranan penting dalam pembangunan industri di Sarawak.

Pengerusinya, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata setelah Pelabuhan Bintulu di bawah bidang kuasa Sarawak, pelabuhan ini kini berada di landasan yang tepat untuk menyokong strategi pembangunan negeri yang terbukti efektif.

“Di bawah pimpinan Kerajaan Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030), BPHB dijangka memainkan peranan yang amat penting sebagai pintu gerbang utama Sarawak, terutamanya dalam pembangunan industri di kawasan Pelabuhan Bintulu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan Media “Giddy Up : Let’s Light Up The Night” di sini, malam tadi.

Tegasnya, peranan BPHB dalam pembangunan Sarawak amat jelas termasuk infrastruktur kritikal yang menghubungkan industri Sarawak dengan dunia, sama ada dalam sektor tenaga, petrokimia atau tenaga bersih.

Dalam mengukuhkan peranannya, beliau berkata BPHB akan terus berfokus kepada tiga teras utama iaitu keunggulan operasi, pertumbuhan berterusan dan kemampanan, sambil memastikan pengurusan yang baik terhadap pihak berkepentingan.

Dalam masa sama, beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Sarawak menambah beberapa pencapaian penting yang telah dicapai oleh Bintulu Port pada tahun 2024 yang antaranya ialah penubuhan Terminal Kereta Bintulu Port, yang kini menjadi pusat hub penting di kawasan luar bandar Bintulu.

“Bintulu Port Holdings Berhad juga merupakan pelopor di Malaysia dengan penggunaan dron autonomi untuk pengawasan canggih, meletakkan satu tanda aras baru dalam kemajuan teknologi.

“Kami juga memperkenalkan ‘Book Ajak’ sebuah aplikasi mudah alih untuk tempahan perkhidmatan yang lancar,” katanya lagi.

Dalam ucapan sama, Mohamad Abu Bakar memberitahu bahawa BPHB menerima beberapa pengiktirafan pada tahun lalu.

Untuk rekod, BPHB menerima Anugerah Jenama Terbaik 2024 daripada Brand Laureate dan dinobatkan sebagai Jenama Terbaik Tahun Ini dalam kategori Perkhidmatan Pelabuhan dan Maritim.

Selain itu, BPHB juga meraih Anugerah Platinum untuk Perusahaan Besar di Anugerah Kemampanan Bintulu 2024 dan turut diiktiraf dengan Pensijilan Terminal Hijau oleh UN Veritas sebagai tanda komitmen terhadap pengurusan alam sekitar yang mampan.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif BPHB, Ruslan Abdul Ghani.

Sementara itu pada majlis sama, TVS merangkul Anugerah Segmen Televisyen Terbaik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan