Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang bekas pengawal keselamatan dilaporkan hilang selepas masuk ke Gua Beringin berhampiran rumahnya di Kampung Gua Beringin, Pokok Sena, Chuping di Padang Besar, semalam. Foto Bernama

Bekas pengawal keselamatan hilang selepas ke Gua Beringin

ByBernama

KANGAR, 24 Feb: Seorang bekas pengawal keselamatan dilaporkan hilang selepas masuk ke Gua Beringin berhampiran rumahnya di Kampung Gua Beringin, Pokok Sena, Chuping di Padang Besar, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata polis menerima laporan kehilangan Kamardin Pin, 61, daripada isterinya pada 1.56 tengah hari semalam, apabila lelaki itu tidak pulang ke rumah beberapa jam selepas ke gua berkenaan.

“Isterinya memberitahu Kamardin keluar (rumah) sekitar 8 pagi dan berjalan kaki ke gua yang terletak kira-kira 100 meter dari belakang rumah mereka dengan membawa tali serta parang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Shokri berkata lelaki itu melakukan kerja-kerja kampung selepas berhenti sebagai pengawal keselamatan di sekolah memandu di Arau dan menghidap penyakit jantung serta darah tinggi

Usaha mencari dan menyelamat Kamardin dilakukan pihak berkuasa dengan bantuan penduduk setempat di sekitar lokasi kejadian. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan