MIRI, 24 Feb: Syarikat penerbangan Sarawak, AirBorneo perlu memenuhi semua keperluan kawal selia terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi sepenuhnya.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ia termasuk keperluan kawal selia di peringkat antarabangsa.
“Kita perlu memohon kelulusan dan pertukaran nama. Sudah tentu, itulah peruntukan. Kita juga ada peruntukan antarabangsa. Logo kita dan sebagainya. Banyak perkara yang perlu diselesaikan.
“Sudah tentu selepas itu akan ada peralihan tenaga kerja, penyelenggaraan pesawat dan juga sistem perkhidmatan penumpang yang dilakukan ketika daftar masuk contohnya.
“Kemudian anda perlu dapatkan pengekodan, kebenaran dan kelulusan pengekodan. Contohnya MAS menggunakan MH,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan Awam Sarawak di pejabat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Miri hari ini.
Jelasnya, kelulusan di peringkat antarabangsa juga perlu diperoleh daripada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) untuk tujuan operasi penerbangan. -TVS