Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam Sabtu. Foto hiasan Envato

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala

ByBernama

NARATHIWAT, 24 Feb: Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam Sabtu.

Ketua Polis Bannang Sata, Kol. Pol. Ranon Surawit, berkata kejadian berlaku pada 8.20 malam waktu tempatan dan dipercayai dilakukan oleh kumpulan bersenjata yang sedang dijejaki pihak berkuasa.

“Ketika kejadian, beberapa anggota polis sedang melakukan rondaan dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda. Apabila kenderaan polis tiba di pasar raya itu, sebutir bom yang disembunyikan dikawasan berhampiran dan dipercayai diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh meletup secara tiba-tiba,” katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian di sini, Ahad.

Katanya semua mangsa yang terdiri daripada tujuh anggota polis dan 16 orang awam telah dibawa ke Hospital Bannang Sata untuk mendapatkan rawatan, dan siasatan polis sedang giat dijalankan.

Insiden letupan itu berlaku sehari sebelum lawatan kerja bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, ke wilayah selatan Thailand dalam usaha mencari penyelesaian kepada konflik yang telah berlarutan sekian lama.

Lawatan itu merupakan kunjungan pertama Thaksin ke wilayah berkenaan sejak dilantik sebagai penasihat tidak rasmi Pengerusi ASEAN, serta lawatan pertamanya ke kawasan itu selepas lebih 20 tahun sejak pentadbirannya dijatuhkan pada 2006. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan