Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja. Foto AFP

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja

ByBernama

PHNOM PENH, 24 Feb: Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad, lapor Xinhua.

Ketua Pengarah Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja Heng Ratana berkata peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

“Dua kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang perempuan maut dalam letupan sisa bahan letupan yang tidak meletup itu,” katanya menerusi media sosial, sambil menambah bahawa seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi di hospital. Kedua-duanya berusia dua tahun.

Menurut seorang saksi yang juga bapa kepada seorang daripada mangsa, kedua-dua kanak-kanak itu bermain dengan menggali tanah dan dipercayai telah mengenai bahan letupan berkenaan dengan objek lain yang mencetuskan letupan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan