Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cubaan dua lelaki untuk mengedar bekalan dadah di sekitar Lembah Klang gagal, selepas aktiviti mereka dipatahkan pihak polis yang menahan mereka bersama 70 ketulan mampat ganja seberat lebih 73 kilogram di tepi Jalan Baiduri, Kepong di sini pada Selasa.

15 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat pulang ke tanah air

ByBernama

BUKIT KAYU HITAM, 24 Feb: Seramai 15 orang warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar berjaya dibawa pulang dan tiba di tanah air hari ini.

Kesemua mangsa selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu proses siasatan selanjutnya.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand telah memudahcara penghantaran pulang kesemua mangsa.

Menurut KLN, selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Myanmar kepada pihak berkuasa Thailand pada 12 Feb lalu, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok telah segera memberikan bantuan konsular yang menyeluruh.

“Bantuan itu merangkumi lawatan konsular, menghubungi waris dan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara.

“Kedutaan juga telah mengatur pengangkutan serta menyediakan barangan keperluan asas termasuk makanan dan pelitup muka, di samping mengiringi mangsa sepanjang perjalanan mereka selama 25 jam dari Wilayah Tak, Thailand ke Bukit Kayu Hitam,” menurut kenyataan itu.

Kejayaan proses penghantaran pulang turut didukung oleh kerjasama erat daripada Kementerian Dalam Negeri, PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

KLN turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Thailand atas bantuan mereka dalam menerima warganegara Malaysia dari Myanmar serta mempercepatkan proses penghantaran pulang mereka.

“Kementerian Luar Negeri kekal komited dalam memastikan kebajikan warganegara Malaysia  di luar negara sentiasa terpelihara dan melalui Perwakilan diplomatiknya sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan konsular apabila diperlukan,” menurut kementerian itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan