Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara penduduk kampung yang hadir ke Majlis Makan Tahun di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Tradisi makan tahun Kedayan terus dipertahankan

BySalasiah Safian

MIRI, 23 Feb: Lebih 1,000 penduduk memeriahkan Majlis Makan Tahun di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu, yang merupakan tradisi tahunan masyarakat Kedayan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus berkata, walaupun amalan bersawah padi semakin berkurang, masyarakat Kedayan terus menjadikan makan tahun sebagai satu warisan budaya yang dipertahankan.

“Sebenarnya acara makan tahun adalah acara tahunan bagi masyarakat ataupun etnik Kedayan. Ia merupakan satu kesyukuran selepas menuai padi. Jadi tradisi itu diteruskan walaupun sekarang ini tidak ramai yang bersawah padi.

“Tapi tradisi kita teruskan sebab bila kita cerita mengenai Makan Tahun memang Kedayan. Dan bila Kedayan memang ada makan tahun. Jadi inilah dan proses makan tahun ini ada terbahagi kepada dua hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS semasa Majlis Makan Tahun Kampung Pejuang Kelulit 2025.

Tambah beliau, antara acara utama Makan Tahun ialah majlis tahlil yang dianggap wajib sebagai sebahagian daripada perayaan ini.

Selain itu, penduduk kampung turut bergotong-royong dalam menyediakan hidangan, sekali gus memeriahkan suasana kekeluargaan dan kekitaan dalam komuniti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan