Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun ke-13 TEGAS dan Majlis Makan Malam Penghargaan Staf TEGAS di Kuching malam tadi. Foto: Ezzany Yusof (TVS)

TEGAS Digital Co-Living Lodge dijangka siap 2027

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Feb: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Digital Co-Living Lodge dijangka siap pada tahun 2027.

Pengerusi TEGAS Datuk Len Talif Salleh berkata, projek seluas 20 hektar itu bukan sahaja menjadi pusat inovatif digital malah menyediakan kemudahan penginapan.

Malah menurutnya, ia akan menampilkan pelbagai fasiliti termasuk hotel atau pangsapuri, pusat kesihatan seperti spa, gim digital serta ruang kerja dan perniagaan.

“Kita (Tegas Digital Village) kini berada di tapak seluas lima hektar. Keseluruhan kawasan TEGAS adalah seluas 20 hektar. Jadi, peringkat seterusnya dalam pembangunan kami akan menyediakan ekosistem yang bukan sahaja untuk rakyat Sarawak tetapi juga dunia.

“Pelan untuk TEGAS Lodge Sarawak diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Negeri (State Planning Authority). Kini, kita sedang dalam proses memperoleh tanah tersebut,” katanya ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun ke-13 TEGAS dan Majlis Makan Malam Penghargaan Staf TEGAS di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak berharap projek itu dapat dimulakan tahun ini dan ia menelan belanja hampir RM70 juta.

Terdahulu pada 25 November 2023, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan TEGAS Digital Co-Living Lodge akan dibangunkan bersebelahan dengan TEGAS Village dan fasiliti yang disediakan itu kelak amat penting untuk berehat seketika daripada melakukan kerja penyelidikan.

Ia merupakan hotel digital nomad yang akan dibina dan bakal menjadi yang pertama di Kepulauan Borneo. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan