Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang maut manakala lima yang lain cedera dalam insiden tembakan di sebuah hospital di Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Sabtu. Foto hiasan Envato

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di Hospital Pennsylvania

ByBernama

MOSCOW, 23 Feb: Seorang maut manakala lima yang lain cedera dalam insiden tembakan di sebuah hospital di Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik ABC News.

Suspek, Diogenes Ortiz, bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.

Dia melepaskan tembakan ke arah seorang doktor, jururawat dan penjaga hospital, yang kini berada dalam keadaan stabil.

Selain itu, tiga pegawai polis turut terkena tembakan, dengan seorang daripada mereka meninggal dunia.

Pihak berkuasa yang tiba di lokasi cuba berunding, namun Ortiz bertindak menjadikan seorang petugas perubatan sebagai tebusan.

Keadaan itu memaksa polis melepaskan tembakan, menyebabkan suspek terbunuh di tempat kejadian.

Motif serangan masih belum dikenal pasti, dan pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan