Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan rumah mangsa yang musnah terbakar pada pagi tadi.

Rumah didiami empat beranak ranap terbakar

BySuara Sarawak

KUCHING, 23 Feb: Empat beranak tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Lorong Matang Jaya 6A5, Taman Matang Jaya ranap dalam kebakaran pada pagi tadi.

Kejadian turut menyebabkan dua buah rumah yang tidak berpenghuni, dengan salah sebuah dijadikan ‘homestay’ terbakar di bahagian siling luar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Petra Jaya) serta BBP Batu Lintang telah dikerahkan ke lokasi sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 8.48 pagi.

“Kebakaran melibatkan tiga buah rumah iaitu rumah No 328 B terbakar 100 peratus manakala dua buah rumah iaitu No 328 A terbakar lima peratus dan No 328 C terbakar 30 peratus di bahagian siling luar rumah,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, beliau berkata pasukan bomba memadam kebakaran menggunakan sumber air dari pili bomba berdekatan dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 9.14 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan