Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kegiatan memburu sekumpulan lelaki bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas tertembak oleh rakannya sendiri.

Polis terima laporan penganjuran pertandingan bola sepak tidak wujud

ByBernama

IPOH, 23 Feb: Polis terima laporan melibatkan penipuan penganjuran Karnival Pertandingan Bola Sepak 11 Sebelah U14 dan U16 ASM Cup & Big Pos Cup 2025 yang sepatutnya berlangsung pada 7 pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun, mewakili pasukan Kumpulan Highlander FC U14 Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat yang menyertai kejohanan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati pengadu yang mewakili pasukan itu berminat untuk memasuki karnival berkenaan dan melakukan pembayaran yuran penyertaan sebanyak dua kali berjumlah keseluruhan RM400 secara dalam talian ke dua akaun berbeza.

“Pada hari kejohanan apabila pengadu dan pasukannya hadir ke lokasi pertandingan di padang Taman Dr Seenivasagam, tiada sebarang khemah atau persiapan dan cubaan menghubungi penganjur gagal serta berasakan mereka ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan, selain polis turut menerima lima lagi laporan polis melibatkan penganjur sama. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan