Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Paus Francis telah menghabiskan malam kelapan di hospital tanpa sebarang komplikasi lanjut selepas mengalami radang paru-paru. Foto fail AFP

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital – Vatican

ByBernama

ROM, 23 Feb: Paus Francis telah menghabiskan malam kelapan di hospital tanpa sebarang komplikasi lanjut selepas mengalami radang paru-paru, menurut Vatican pada pagi Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Pope Francis mempunyai malam yang tenang,” menurut kenyataan yang disiarkan di laman Vatican News.

Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.

Doktor buat kali pertama bercakap kepada media mengenai keadaan beliau pada petang Jumaat. Mereka berkata walaupun Paus masih belum sepenuhnya keluar daripada zon bahaya, keadaannya pada masa ini tidak mengancam nyawa.

Pasukan perubatannya menegaskan bahawa Paus tidak menggunakan ventilator, namun masih mengalami kesukaran bernafas, menyebabkan pergerakannya terhad.

Bagaimanapun, doktor memaklumkan bahawa Paus masih boleh duduk tegak di kerusi, bekerja dan bergurau seperti biasa.

Keadaan klinikalnya masih dianggap kompleks, dengan radang paru-paru yang menjejaskan kedua-dua paru-paru.

Pasukan perubatan yang diketuai oleh Sergio Alfieri dari Hospital Gemelli dan Luigi Carbone, doktor peribadi Paus, menjangkakan beliau perlu terus menerima rawatan di hospital sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu lagi.

Namun, mereka tidak memberikan maklumat lebih terperinci kerana sebarang komplikasi tidak dapat dijangka. Justeru, pencegahan komplikasi menjadi keutamaan, kata mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan