Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar (tiga dari kanan) bersama Dr. Zaliha (dua kiri) melakukan gimik pelancaran Wajah Baharu Alamanda di Centre Court, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya, di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Malaysia pantas pulihkan ekonomi, jadi pilihan pelabur – PM Anwar

ByYusuf Shukri

PUTRAJAYA, 23 Feb: Keupayaan Malaysia memulihkan ekonominya dalam tempoh singkat sehingga mencatatkan pertumbuhan pesat menjadi antara faktor negara ini menjadi pilihan pelabur asing, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, prestasi baik Malaysia turut disumbangkan oleh keupayaan rakyat pelbagai latar belakang dalam memajukan negara ini.

Sehubungan itu kata Anwar Malaysia berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik dan kemasukan pelaburan yang tinggi ketika beberapa negara lain dilihat bergelut untuk pulih selepas pandemik COVID-19.

“Saya percaya kita ada keupayaan (kerana) Malaysia ini luar biasa, mana ada negara di dunia yang masyarakatnya pelbagai kaum dan pelbagai agama tetapi boleh hidup dengan damai.

“Ada negara yang sudah kecundang sedikit, lemah dengan pelbagai skandal, kemudian datang COVID-19 namun kita sekarang mencatatkan pertumbuhan yang baik, (serta menerima) pelaburan yang tinggi, menjadi (destinasi) pusat data dan hab semikonduktor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings (PJH), Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kemampuan Malaysia menarik pelabur asing juga terletak pada keupayaan rakyat bersama-sama memajukan dan memartabatkan nama negara.

“Pelabur asing melihat keupayaan Malaysia, keupayaan seluruh rakyat.

“Oleh itu, kita bagi penghargaan, penghargaan kepada pemuda, penghargaan kepada pengurusan, penghargaan kepada peniaga, penghargaan kepada tukang cuci,” katanya.

Sementara itu Anwar berkata, beberapa pemimpin termasuk Presiden China dan Afrika Selatan dijangka akan melawat Malaysia selepas Ramadan ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan