Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerjasama strategik antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) disifatkan sebagai satu perkembangan positif yang bakal memberi impak besar kepada kemajuan industri tenaga di Sarawak.

Kerjasama strategik PETROS, PETRONAS perkembangan positif

ByMadeline Dugat

KUCHING, 23 Feb :Kerjasama strategik antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) disifatkan sebagai satu perkembangan positif yang bakal memberi impak besar kepada kemajuan industri tenaga di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau menyambut baik pengumuman kerjasama tersebut yang akan membuka lebih banyak peluang pembangunan ekonomi dan industri strategik di wilayah ini.

“Jika Perdana Menteri panggil, saya pasti hadir. Sekurang-kurangnya, ini menunjukkan ada kerejasama yang bagus antara kita,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Klinik Pergigian D.Dentist.

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengenai hala tuju kerjasama melibatkan PETRONAS dan PETROS.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan PETRONAS dan PETROS dijangka akan bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang berkaitan susulan pengiktirafan terhadap Ordinan Pengagihan Gas (GDO) (Pindaan) 2016.

“Kesepakatan telah dicapai secara asas antara saya dan Premier Sarawak. Kami akan mengadakan perbincangan lanjut bagi memastikan skop kerjasama ini jelas dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“(Sebelum ini) kesepakatan kita yang telah dipersetujui bersama oleh saya, Kerajaan Malaysia, Premier Abang Johari dan Kerajaan Sarawak adalah menerima kenyataan tentang undang-undang tetapi yang pentingnya ialah supaya projek -projek di Sarawak terutama yang baharu sama ada yang diterokai oleh PETRONAS atau PETROS akan melibatkan kerjasama rapi.

“Ini dalam semua bidang, saya dan Datuk Seri Fadiillah Yusof akan menghubungi Kerajaan Sarawak dan kalau boleh kita panggil perjumpaan,” ujar Anwar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan