Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi melakukan simbolik perasmian SUITEX 2025 dan pelancaran Buku Umrah SUHA

Industri umrah, haji bukan sekadar perniagaan

ByMahathir Haroun

KUCHING, 23 Feb: Industri umrah dan haji bukan sekadar perniagaan tetapi satu amanah besar dalam memastikan perjalanan ibadah tersebut dilaksanakan dengan sempurna serta penuh keberkatan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, semua pihak berkepentingan perlu terus berganding bahu bagi memastikan industri tersebut berkembang maju dengan profesionalisme dan integriti.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif Kuching Umrah Gateway (KUG) yang saya percaya akan memberikan impak besar kepada jemaah umrah dan haji dari Sarawak,” katanya ketika berucap pada merasmikan SUITEX 2025 di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Pada masa sama, Abang Johari turut memuji inisiatif diambil Pertubuhan Agensi Umrah dan Haji Sarawak (SUHA) yang mewujudkan buku panduan umrah dikenali Buku Umrah SUHA yang merupakan usaha baik dan patut disokong semua pihak.

Sementara itu menurutnya, penganjuran SUITEX 2025 bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam di Sarawak tetapi membantu memperkasa industri pelancongan Islam di wilayah ini.

“Usaha seperti ini amat penting bagi memastikan rakyat Sarawak mendapat akses kepada perkhidmatan umrah dan haji yang sah, berkualiti dan mematuhi garis panduan ditetapkan,” ujarnya.

Hadir sama Pengerusi SUHA, Ruzaiman Ghazalee.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan