Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher serta lengan di sebuah rumah kedai di Jalan Chung Ah Ming, Taman Hoover di sini, semalam.

Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan

ByBernama

IPOH, 23 Feb: Seorang guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher serta lengan di sebuah rumah kedai di Jalan Chung Ah Ming, Taman Hoover di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa ada meninggalkan pesanan kepada suaminya berkaitan tekanan hidup dan tidak dapat menahan sakit selepas menjalani pembedahan mata pada 19 Feb lepas.

“Dia ada buat pembedahan mata, jadi dia tertekan dan maklumkan kepada suaminya yang dia tidak boleh nak hidup. Kita percaya kematian itu lebih daripada enam jam, kita punya forensik dan patologi hadir buat pemeriksaan di tempat kejadian.

“Memang tidak ada foul play, tiada kesan-kesan lain yang mencurigakan (dan menjurus) kepada pembunuhan, dan kita tengok kecederaan itu pun, pisau ada sebelah dia (mangsa) pisau lipat itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Sajidan berkata setakat ini siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati mangsa sebelum ini membuat pembedahan mata dan akibatnya terdapat nanah dalam matanya, membuatkan mangsa tertekan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan