Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri pembukaan D-Dentist Dental Clinic di Tabuan Jaya, Kuching, hari ini. Foto TVS

Graduan universiti milik Kerajaan Sarawak tidak terikat berkhidmat di Sarawak

ByMadeline Dugat

KUCHING, 23 Feb: Graduan universiti milik Kerajaan Sarawak tidak diwajibkan berkhidmat di negeri ini selepas tamat pengajian sebaliknya mereka digalakkan untuk menimba pengalaman di luar Sarawak sebelum kembali menyumbang kepakaran mereka di tanah kelahiran.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, graduan tidak terikat untuk berkhidmat di negeri ini, inisiatif ini berbeza daripada program biasiswa yang lazimnya mempunyai ikatan perkhidmatan.

“Tidak mengapa, mereka pergi ke sana dengan tujuan untuk menaik taraf kemahiran mereka, kenapa tidak? Kemudian mereka akan kembali, contohnya seperti doktor, selepas mereka selesai di Johor, mereka akan kembali ke Sarawak.

“Andaikan kita tidak mempunyai kepakaran dan teknologi tersebut, saya tidak fikir dia akan datang ke Sarawak. Tetapi apabila dia melihat ada masa depan di sini, jadi dia akan kembali ke Sarawak dari Johor, itu hanyalah sebagai contoh,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pembukaan D-Dentist Dental Clinic di Tabuan Jaya di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada bidang-bidang pengajian yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran pekerjaan, terutamanya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), perakaunan, kewangan serta undang-undang.

“Jadi, kita hanya perlu menumpukan pada bidang-bidang yang diperlukan, khususnya STEM, termasuk juga perakaunan, kewangan, malah undang‑undang kerana kini juga sudah banyak perundangan baharu,” ujarnya.

Kerajaan Sarawak menawarkan pembiayaan pengajian tinggi secara percuma kepada anak Sarawak menjelang 2026, melibatkan lima institusi iaitu Kolej Universiti i-Cats (Icats), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (Centexs), Universiti Teknologi Sarawak, Curtin University Sarawak dan Swinburne University Of Technology Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan