Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya enam maut manakala 78 lagi cedera selepas bumbung medan selera sebuah pusat beli-belah di barat laut Peru runtuh, menurut pihak berkuasa pada Sabtu. Foto AFP

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru

ByBernama

LIMA, 23 Feb: Sekurang-kurangnya enam maut manakala 78 lagi cedera selepas bumbung medan selera sebuah pusat beli-belah di barat laut Peru runtuh, menurut pihak berkuasa pada Sabtu.

Kejadian berlaku di pusat beli-belah Real Plaza Mall di Trujillo, lapor Xinhua.

Menurut agensi berita Andina, 30 daripada mangsa yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital, manakala 48 lagi masih menerima rawatan, termasuk tiga masih kritikal.

Pasukan penyelamat tiba beberapa minit selepas kejadian dan bekerja sepanjang malam untuk mencari mangsa yang terselamat.

Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Presiden Peru, Dina Boluarte menggesa siasatan menyeluruh serta tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Kita tidak boleh membiarkan kepentingan ekonomi mengatasi nyawa manusia,” tegasnya.

Pejabat Pendakwa Raya Wilayah Trujillo telah memulakan siasatan, sementara pegawai mendakwa runtuhan itu mungkin berpunca daripada kegagalan penyelenggaraan.

Kerajaan Wilayah La Libertad mengisytiharkan tempoh berkabung selama dua hari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan