Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Muara Lassa hari ini. Foto UKAS

Sarawak perkukuh kesalinghubungan luar bandar, bina jalan raya dan jambatan

ByAdlina Rahman

DARO, 22 Feb: Sarawak terus melangkah ke hadapan dengan pelbagai inisiatif pembangunan infrastruktur khususnya di kawasan luar bandar.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, melalui peruntukan besar yang disediakan Kerajaan Sarawak, pembangunan itu bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat selain memastikan kesalinghubungan lebih baik di seluruh wilayah ini.

Menurutnya, antara aspek utama yang difokuskan dalam pembangunan infrastruktur di Sarawak ialah pembinaan jalan raya baharu serta penambahbaikan jalan raya sedia ada.

“Jalan Persisir dan jalan utama lain sedang dibangunkan dengan bajet besar sebanyak RM30 bilion. Ia merupakan salah satu projek yang paling membanggakan dengan kos pembinaan RM5.42 bilion. Jalan ini menghubungkan Lundu hingga ke Miri dan kini telah siap hampir 80 peratus.

“Apabila siap sepenuhnya menjelang 2027, ia akan menjadi laluan utama bagi penduduk luar bandar untuk bergerak dengan lebih mudah dan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Muara Lassa di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain pembinaan jalan raya, Uggah memberitahu Kerajaan Sarawak juga memberi tumpuan kepada pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan keperluan feri dan memendekkan tempoh perjalanan.

Uggah berkata, Sarawak kini sedang membina 16 jambatan serentak dengan kos sebanyak RM5.9 bilion.

“Antara jambatan utama yang sedang dalam pembinaan termasuk Jambatan Batang Lupar 1 dengan panjang 4.8 km dan kos sebanyak RM848 juta dan ia dijangka siap pada Disember 2025.

“Selain itu Jambatan Batang Rajang, Jambatan Sungai Lingga dan Jambatan Bintulu yang dijadualkan siap pada 2025. Manakala Jambatan Batang Rambungan dijangka siap pada 2027,” katanya.

Uggah berkata, apabila projek-projek itu siap kelak, ia akan memberi impak besar kepada penduduk luar bandar, membolehkan mereka bergerak dengan lebih pantas tanpa perlu bergantung kepada perkhidmatan feri yang sering terhad mengikut jadual perjalanan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan