Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jambatan Muara Lassa dijangka membawa perubahan besar kepada penduduk setempat sekali gus meningkatkan akses dan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut. Foto Mohamad Gustie Noorambia (TVS)

Pulau Bruit tidak lagi terasing dengan siapnya Jambatan Muara Lassa

DARO, 22 Feb: Pulau Bruit yang sebelum ini dianggap sebagai sebuah kawasan dan pulau kecil kini dihubungkan dengan tanah besar dengan siapnya pembinaan Jambatan Muara Lassa yang menelan kos hampir RM600 juta.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penghubungan Pulau Bruit itu dijangka membawa perubahan besar kepada penduduk setempat sekali gus meningkatkan akses dan pembangunan ekonomi di kawasan tersebut.

“Pulau Bruit kini tidak lagi terasing dan telah dihubungkan ke tanah besar. Penghubungan ini akan merancakkan pembangunan ekonomi di Lembah Rajang khususnya di Batang Rajang. Tahniah dan syabas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Muara Lassa di Daro, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.

Menurut Abang Johari, Kerajaan Sarawak komited untuk terus melaksanakan projek pembinaan jambatan lain di kawasan persisir Sarawak sekali gus meningkatkan aksesibiliti dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

Antara projek utama lain yang sedang dan akan dilaksanakan termasuklah Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Batang Igan.

Jambatan Muara Lassa merupakan jambatan kedua terpanjang di Sarawak dan mula dibuka kepada orang awam sejak 9 Januari lalu.

Jambatan sepanjang 2.43 km itu menghubungkan Pulau Bruit dengan Daro di Bahagian Mukah.

Ia turut dijangka menjadi pemangkin utama kepada pembangunan ekonomi dan pelancongan di Daro. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan