Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekumpulan penduduk Pulau Bruit dengan kain rentang mempamerkan ucapan terima kasih kepada Premier Sarawak atas pembinaan Jambatan Muara Lassa, Daro. Foto Grup WhatsApp

Pulau Bruit kawasan utama pembekal hasil laut dan tani sebagai membalas jasa kerajaan

DARO, 22 Feb: Warga Pulau Bruit menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak, khususnya kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pembinaan dua jambatan di laluan pesisir yang memberi kesan positif kepada kehidupan penduduk setempat.

Ucapan penghargaan ini disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol pada Majlis Perasmian Jambatan Muara Lassa di sini, hari ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Jambatan Muara Lassa, Daro, hari ini. Foto Mohamad Gustie Noorambia (TVS)

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata penghargaan warga Pulau Bruit pasti akan diterjemahkan dalam bentuk peningkatan produktiviti pengeluaran hasil pertanian dan laut dari kawasan ini.

“Data terkini dari Jabatan Pertanian menunjukkan bahawa terdapat 1,010 pekebun yang mengusahakan pelbagai tanaman buah-buahan dan lain-lain, serta 870 pesawah padi di Pulau Bruit.

“Luas tanah yang diusahakan kini mencapai 1,211 hektar, dengan lebih 800 hektar lagi tanah yang masih berpotensi untuk diusahakan,” katanya pada majlis yang disempurnakan Abang Johari.

Beliau berkata, selain itu, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pulau Bruit mempunyai keahlian seramai lebih 2,000 orang dengan 900 orang daripadanya merupakan nelayan aktif.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan perhargaan kepada Premier yang telah meluluskan peruntukan  RM21 juta untuk membaiki benteng sawah padi yang rosak, tapi masih banyak kawasan pertanian di Pulau Bruit menghadapi cabaran benteng pecah.

Jambatan Muara Lassa yang sudah siap dan Jambatan Batang Paloh yang kini dalam proses pembinaan menghubungkan Pulau Bruit dengan Daro dan Tanjung Manis.

“Pembinaan Jambatan Batang Paloh yang dijangka siap dalam setahun lagi akan merapatkan hubungan dengan penduduk di kawasan lain, memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi kawasan ini.

Menurutnya lagi, selain itu, Premier Sarawak juga telah meluluskan peruntukan RM6.5 juta untuk pembinaan medan selera dan pusat niaga pertanian di RGC Semop.

Di samping itu, permohonan untuk memperbesarkan jalan yang menghubungkan Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Muara Lassa telah diajukan.

Ini penting untuk memastikan kelancaran perjalanan, memandangkan jalan ini dijangka akan semakin sesak pada masa depan.

“Dengan segala usaha dan sokongan ini, warga Pulau Bruit berharap dapat terus maju sebagai kawasan pengeluar makanan utama di Sarawak, sekali gus meningkatkan kesejahteraan penduduknya,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan