Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyempurnakan Pameran ReQaSeni ke-19 anjuran Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Pameran ReQaSeni AURORA tampilkan keunggulan kreativiti anak muda Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 22 Feb: Pameran ReQaSeni ke-19 anjuran Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dengan tema AURORA pada edisi kali ini merupakan platform untuk mempamerkan keunggulan kreativiti anak-anak muda di negeri ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara tersebut telah menarik perhatian orang ramai dengan mempamerkan keindahan visual, selain menonjolkan kepelbagaian ekspresi dan idea kreatif.

“Kepada para pelajar, pameran ini adalah detik anda. Ia adalah masa untuk berbangga dengan sejauh mana anda telah melangkah dan untuk berkongsi suara unik anda kepada dunia.

“Setiap daripada anda telah mencurahkan hati dan jiwa ke dalam karya masing-masing dan dedikasi ini jelas terlihat dalam pelbagai kreativiti menakjubkan yang kita saksikan pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick pada Pameran ReQaSeni ke-19 di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Jaringan Industri) UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Dr. Juferi Idris dan Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Alam Bina UiTM Cawangan Sarawak, Roseline Ikau.

Sementara itu, Emil Elmariz Johny, 21, seorang pelajar tahun akhir Diploma Reka Bentuk Grafik dan Digital berkongsi bahawa dia memilih untuk melakukan penjenamaan semula perkhidmatan Mangkuk Bocor sebuah syarikat yang berasal dari Bintulu.

Jelasnya, dia telah mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan projek ini, memastikan setiap aspek direka dengan teliti dan penuh dedikasi.

“Cabaran utamanya adalah sebelum memasuki diploma, saya tidak pernah belajar mengenai reka bentuk dari sekolah menengah, jadi ia merupakan perkara yang baharu.

“Reka bentuk pembungkusan dalam projek saya ini juga bukan sesuatu yang saya selalu lakukan, selain cabaran yang melibatkan pengurusan masa,” katanya.

Bagi seorang lagi pelajar tahun akhir dalam Diploma Seni Halus, Faizah Syazwani Mohamad Razeli, 21, dia menghasilkan sebuah karya seni arca besi melalui teknik kimpalan yang diilhamkan daripada novel klasik Hikayat Panglima Nikosa.

Kata Faizah, dirinya juga bercadang untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang yang sama untuk terus mengasah bakat dan memperluas ilmu dalam dunia seni.

Pameran ReQaSeni ke-19 menampilkan karya-karya hebat daripada 20 pelajar tahun akhir Diploma Seni Halus dan Diploma Reka Bentuk Grafik dan Digital dari UiTM Cawangan Sarawak yang menyerlahkan semangat inovatif serta kreativiti generasi muda di negeri ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan