Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naim Daniel berkata menerusi kejayaan Lelaki Gila yang dilancarkan pada awal bulan ini, beliau tidak melihat sebarang halangan jika ingin menyambung bahagian tersebut. Foto: Ezzany Yusof (TVS)

Naim Daniel sedia hasilkan sambungan EP Lelaki Gila

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 22 Feb: Naim Daniel bersedia untuk menghasilkan sambungan bagi album mininya atau EP terbaharunya, Lelaki Gila.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, berkata, menerusi kejayaan Lelaki Gila yang dilancarkan 31 Januari lepas, beliau tidak melihat sebarang halangan jika ingin menyambung bahagian tersebut.

“Sejujurnya, untuk EP Lelaki Gila, memang kita jadikan sebagai lagu utama untuk keseluruhan EP ini dan Alhamdulillah, berkat usaha pemasaran dari tahun lepas lagi, buah hasil yang kita dapat tuai sekarang.

“Saya bersyukur kerana bukan sahaja itu, tetapi untuk mencapai empat video trending Lelaki Gila dalam masa serentak, ia sesuatu yang amat membanggakan bagi Naim, jadi terima kasih banyak kerana menyokong. Mungkin kita akan datang dengan Lelaki Gila EP Part 2, mungkin dalam pembikinan,” katanya kepada TVS selepas penggambaran Pesta Raya TVS Inspirasi Duniamu di sini malam tadi.

Lelaki Gila dilancarkan pada 31 Januari lalu dan ia merupakan lagu Naim dalam kisah percintaannya selama empat tahun sekali gus perjalanan dirinya mengubati diri setelah titik noktah percintaannya.

Muzik video yang turut menampilkan pengacara terkenal Azwan Ali itu mendapat tontontan lebih 780,000 manakala setakat 20 Februari, Lelaki Gila mencatat kedudukan di tangga ke-67 di Spotify dalam carta Malaysia Daily Top Song dan kedudukan tersebut menjadikan Lelaki Gila naik sebanyak sembilan anak tangga, menurut Carta Pop Malaysia.

Sementara itu, tiga hari lalu, lagu Sumpah telah melepasi lebih 30 juta penstriman di Spotify dan ia merupakan lagu pertamanya yang mencapai kejayaan itu di platform berkenaan.

Pada masa sama, Naim mendedahkan tiada garis panduan yang ketat diletakkan dalam lagu yang dihasilkan tahun ini atau single seterusnya.

“Tetapi apabila saya menulis, saya pastikan lagu tersebut mempunyai keaslian yang jujur. Mungkin selepas ini saya akan cuba dangdut juga, siapa tahu.

“Bagi saya, bahagian terbaik adalah apabila kita berbicara dalam bahasa yang sama, untuk melihat orang lain menginterpretasi lagu kita dengan cara mereka, dan juga menyanyikan lagu kita,” ujarnya. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found