Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: APM Temerloh

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini

ByBernama

KUANTAN, 22 Feb: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang terus meningkat kepada 236 orang daripada 74 keluarga setakat 1 tengah hari ini berbanding 209 orang malam tadi.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Pengarah Pertahanan Awam Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman ketika dihubungi berkata banjir di Kampung Batu Kapor berpunca daripada limpahan air Sungai Semantan sehingga mengakibatkan 73 rumah ditenggelami air.

“Keadaan cuaca hari ini bertambah baik manakala paras bacaan Sungai Semantan sudah kembali normal. Sekiranya keadaan ini berterusan, ada kemungkinan mangsa boleh dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan