Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai Pemerintah KM Marlin, Leftenan Komander Khair Baharom (kiri) dan Pegawai Geledah KM Marlin, Leftenan Muda Maritim Bridgitte Beri (Kanan). Foto TVS

KM Marlin perkukuh keselamatan perairan Sarawak

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

KUCHING, 22 Feb: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memperkukuh kawalan keselamatan perairan Sarawak dengan operasi berterusan diketuai kapal KM Marlin.

Kapal tersebut dari Perak itu kini berpusat di APMM Sarawak dan ditugaskan mengawasi perairan Laut China Selatan.

Pegawai Geledah KM Marlin, Leftenan Muda Maritim Bridgitte Beri berkata, kapal tersebut merupakan kapal latihan yang ditempatkan di Sarawak pada 2023.

“Kami beroperasi di seluruh kawasan perairan Sarawak dengan menjalankan pemantauan sempadan,” katanya ketika ditemui TVS pada Hari Terbuka Maritim, Negeri Sarawak: Dua Dekad Maritim Malaysia Perisai Samudera Negara di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuching, hari ini.

Bridgitte turut berkata, tempoh operasi di laut boleh mencecah tujuh hari bergantung kepada keperluan dan laporan yang diterima.

“Kami sentiasa bersiap sedia untuk melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan sekiranya diperlukan,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah KM Marlin, Leftenan Komander Khair Baharom berkata, kapal tersebut sudah beroperasi selama dua dekad dan memainkan peranan penting dalam menangani pelbagai ancaman maritim termasuk pencerobohan kapal nelayan asing dan kapal maritim dari negara luar seperti Vietnam dan China.

“Operasi pemantauan kami tidak hanya tertumpu di Kuching tetapi meliputi kawasan Bintulu, Miri dan seluruh perairan Sarawak,” jelasnya.

Menurutnya, cabaran utama yang dihadapi oleh pasukannya termasuk cuaca yang tidak menentu terutama pada bulan tertentu seperti Februari dan Oktober apabila laut sering bergelora.

Namun begitu, beliau menegaskan kru kapal sentiasa bersedia dan komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“Dengan kekuatan 30 kru yang mantap, kami tetap melaksanakan tugas demi keselamatan negara,” kata Khair.

Beliau berharap masyarakat dapat lebih menghargai peranan yang dimainkan APMM dalam menjaga perairan negara.

“Kami di APMM sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab ini dan berharap masyarakat dapat memahami serta menghargai pengorbanan pasukan maritim,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan