Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar bercakap dalam sidang media selepas hadir Sesi Pemukiman Kerajaan Madani 2025 di Bangi, Selangor hari ini. Foto, Amirudin Shah (TVS).

Kepengerusian ASEAN 2025 lonjak keupayaan Malaysia – PM Anwar

ByFirdaus Ismail

BANGI, 22 Feb: Malaysia akan memberi tumpuan bidang strategik untuk melonjakkan kedudukan sebagai negara dagang sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini membabitkan sektor semi konduktor, kecerdasan buatan (AI), pusat data, tenaga baharu serta keselamatan makanan.

Jelas Anwar langkah berkenaan akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan unggul.

“ Kita juga menentukan hala tuju Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dengan meningkatkan keupayaan tarikan negara.

“Kita bincang bagaimana untuk kekalkan bidang semi konduktor, teroka AI, pusat data (serta) bagaimana perkukuh soal tenaga baharu dan juga keperluan menekankan kepentingan pertanian termasuk apa yang diungkap keterjaminan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Sesi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani 2025 di sini hari ini.

Turut menyertai sidang media Anwar ialah dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sementara itu Anwar berkata Malaysia dan ASEAN juga mahu mengekalkan dasar berkecuali dan berdagang dengan semua negara.

Katanya antara negara yang berpotensi untuk meningkatkan perdagangan dengan Malaysia termasuklah negara – negara di Afrika dan Amerika Latin.

“Kita memutuskan untuk meneruskan dasar bebas yang kita sebut sentraliti Malaysia dan ASEAN.

“(Ini mengenai bagaimana) mengekalkan hubungan baik dengan semua negara dengan menjalin dan buka ruang dan jalur baharu dengan negara berkembang termasuk di Afrika dan Amerika Latin,” katanya.

Langkah itu jelas Anwar akan membantu memperluaskan skop perdagangan Malaysia sebagai negara dagang. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan