Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wani Kayrie melancarkan album sulungnya di bawah naungan Rocketfuel Entertainment tahun ini. Foto Ezzany Yusof (TVS)

Kejayaan buka studio sendiri kenangan terindah Wani Kayrie

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 22 Feb: Kejayaan membuka dan memiliki studio sendiri merupakan antara kenangan terindah sepanjang bergelar anak seni bagi anak kelahiran Sandakan Sabah, Syazwani Abdullah, 24, atau lebih mesra dikenali Wani Kayrie.

“Kenangan indah sangat banyak, tapi antara kenangan indah yang akan sentiasa Wani ingat apabila Wani dapat belikan kereta untuk keluarga dengan hasil duit sendiri. Wani rasa itu adalah pencapaian besar bagi saya.

“Sebab apa yang saya lakukan adalah juga berkongsi rezeki untuk keluarga,” katanya kepada TVS selepas penggambaran Pesta Raya TVS Inspirasi Duniamu di sini malam tadi.

Mengulas mengenai pencarian identiti, Wani tidak menafikan bahawa proses tersebut memakan masa dan usaha yang besar.

Berada dalam genre pop sejak usia yang muda, beliau mendedahkan ia telah menjadi jiwa dalam muziknya namun mengakui bahawa mencari bunyi yang tepat untuk dirinya bukanlah sesuatu yang mudah.

“Sudah tentu, mengambil masa untuk mencari identiti dan suara sendiri di tempat saya berada sekarang memerlukan usaha keras, banyak pengorbanan dan waktu. Saya rasa jika ingin berjaya, kita perlu berusaha dan berada di tempat saya sekarang,” katanya lagi.

Dalam masa sama pelantun lagu Aiman Tino menambah bahawa tahun ini dirinya akan melancarkan album sulungnya di bawah naungan Rocketfuel Entertainment selain aktif dalam mempromosikan lagu baharunya yang berjudul Nyam Nyam Ketupat yang bakal menyemarakkan suasana Hari Raya Aidilfitri ini.

Wani turut menanam impian untuk kolaborasinya bersama Jaclyn Victor dan Aina Abdul yang menurutnya sangat berdedikasi dan bekerja keras.

Untuk rekod, Wani Kayrie mula berkecimpung dalam industri hiburan sejak 2010 selepas menjuarai rancangan realiti Kamilah Bintang seawal usia 10 tahun dan seterusnya melancarkan single pertamanya berjudul Jangan Jangan pada 2015. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan