Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taman asuhan kanak-kanak (taska) yang terpalit kes seorang kanak-kanak autistik berusia enam tahun disyaki didera di Shah Alam, Selangor, didapati beroperasi tidak mengikut peraturan. Foto hiasan Envato

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan

ByBernama

PUTRAJAYA, 22 Feb: Taman asuhan kanak-kanak (taska) yang terpalit kes seorang kanak-kanak autistik berusia enam tahun disyaki didera di Shah Alam, Selangor, didapati beroperasi tidak mengikut peraturan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan dalam kenyataan bahawa pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

“JKM telah mengeluarkan notis larangan beroperasi kepada pengusaha tadika itu kerana kesalahan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak.

“Pihak JKM juga telah meminta pengusaha tadika itu untuk hadir ke pejabat JKM Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat susulan berkaitan kes ini,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut JKM, kes dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan selanjutnya.

JKM mengeluarkan kenyataan itu susulan siasatan terhadap aduan yang dibuat ibu bapa seorang kanak-kanak autistik yang mendakwa anak mereka didera di premis terbabit.

Semalam, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima laporan dan telah menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Beliau berkata laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh ibu mangsa pada 11.18 pagi, 16 Jan lepas, yang memaklumkan bahawa suaminya menemukan kesan kemerahan di belakang badan serta bawah mata kanan mangsa.

Siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan