Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (FB)

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI yang benar-benar mengangkat suara dan kehendak rakyat.

“Saya tegaskan bahawa marcapada hari ini termasuk situasi geopolitik dan teknologi, menuntut mana-mana kerajaan untuk bergerak pantas dan berubah agar terus kekal relevan dan berfungsi dengan baik kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook.

Amanat berkenaan disampaikan Anwar yang juga Menteri Kewangan sempena Permukiman Kerajaan MADANI 2025 selama dua hari di Bangi, Selangor, hari ini.

Perdana Menteri berkata permukiman berkenaan membuka ruang sinergi dalam kalangan Jemaah Menteri bagi bersama-sama menambah baik, mengutarakan idea lebih segar dan merangka prakarsa yang strategik khususnya kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan