Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad. Foto UKAS

Jambatan Muara Lassa ‘game changer’ pertumbuhan ekonomi Daro

ByAdlina Rahman

DARO, 22 Feb: Jambatan Muara Lassa menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di kawasan Daro, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.

Beliau berkata, jambatan tersebut sebagai game changer yang membawa perubahan ketara kepada ekonomi setempat sejak pembukaannya secara rasmi pada 9 Januari lalu.

Menurutnya, kehadiran pelancong dan pengguna jalan raya yang meningkat di kawasan tersebut memberi impak positif kepada sektor perniagaan tempatan terutama peniaga makanan.

“Perniagaan di Daro semakin berkembang pesat. Peniaga makanan melaporkan pendapatan mereka meningkat berkali ganda selepas jambatan ini dibuka.

“Sebelum ini, kami telah meluluskan pemasangan lampu isyarat pintar bagi mengurangkan kesesakan. Namun, dengan pertambahan kenderaan yang ketara, kita perlu mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Muara Lassa, Daro Mukah, pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai pembangunan masa hadapan, beliau berkata, pembukaan penuh rangkaian jalan pesisir menjelang tahun 2026 akan mengubah pola perjalanan penduduk luar bandar dengan lebih ramai dijangka beralih kepada laluan tersebut.

“Daro kini berada dalam fasa pertumbuhan pesat. Perkhidmatan bas komersial akan menjadi pilihan utama, menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan bot ekspres seperti sebelum ini.

“Oleh itu, kami mengusulkan pembinaan sebuah terminal bas serta kawasan parkir bertingkat bagi menampung peningkatan jumlah kenderaan,” ujarnya.

Menurutnya, lebih banyak penginapan termasuk pembinaan sebuah hotel butik diperlukan bagi memenuhi permintaan pengunjung yang semakin bertambah.

“Hotel-hotel sedia ada sentiasa penuh, malah homestay juga mendapat permintaan tinggi. Jika kita dapat menyediakan kemudahan penginapan yang mencukupi, ia akan memberikan impak besar kepada ekonomi tempatan,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan