Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi tadi. Foto media sosial

Ismail Sabri dimasukkan ke hospital, kini stabil – Setiausaha Akhbar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimasukkan ke hospital selepas pengsan di kediamannya awal pagi tadi.

Setiausaha Akhbar beliau Azran Fitri Abdul Rahim mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Ismail Sabri kini dalam keadaan stabil.

“Saya dimaklumkan Datuk Seri (Ismail Sabri) pengsan di rumahnya dan dibawa ke hospital kira-kira 2.30 pagi untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan