Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunggang motosikal untuk meninjau keadaan Jambatan Muara Lassa hari ini. Foto Mohamad Gustie Noorambia (TVS)

Daro dijangka berkembang pesat seperti Kapit

DARO, 22 Feb: Peningkatan pembangunan infrastruktur di Daro dijangka menjadikan kawasan ini semakin sibuk dan strategik setanding Kapit.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jaringan jalan raya yang semakin baik termasuk pembinaan Jambatan Muara Lassa yang kini siap sepenuhnya akan menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Seperti yang berlaku di Kapit setelah disambungkan dengan jalan raya dari Sibu, Daro juga akan mengalami lonjakan pembangunan apabila aksesibiliti dipertingkatkan. Kawasan yang dahulunya terpencil kini berpotensi menjadi sebahagian daripada jaringan ekonomi lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Jambatan Muara Lassa di Daro, Mukah, hari ini.

Jambatan sepanjang 2.43 kilometer itu merupakan jambatan kedua terpanjang di Sarawak dan dibuka kepada orang awam sejak 9 Januari lalu.

Abang Johari turut menggariskan beberapa langkah strategik yang sedang dan akan dilaksanakan bagi merancakkan ekonomi serta sektor pelancongan kawasan luar bandar Sarawak.

Antaranya adalah pembangunan kemudahan pelancongan di Belawai yang bakal menjadi destinasi pelancongan baharu di wilayah ini.

“Belawai akan mendapat manfaat besar apabila rangkaian jalan raya dan infrastruktur terus dipertingkatkan. Dengan akses lebih baik, sektor perkhidmatan dan pertanian makanan juga dijangka berkembang sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat,” ujarnya.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak turut merancang untuk memperbesarkan Lapangan Terbang Tanjung Manis bagi menyokong peningkatan aktiviti pelancongan dan perdagangan di kawasan pesisir.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta pemimpin tempatan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Datuk Abdullah Saidol dan ADUN Daro Safiee Ahmad. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan