Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
CIMB Investment Bank Bhd mengulangi jangkaannya bahawa OPR kekal pada 3.00 peratus untuk tempoh yang lebih lama, dengan kadar inflasi diunjurkan pada purata 2.6 peratus pada 2025. Foto fail TVS

Bank pelaburan jangka OPR kekal pada 3.00 peratus sepanjang 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Bank-bank pelaburan menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia kekal stabil pada 3.00 peratus pada 2025.

Dalam nota penyelidikan hari ini, MIDF Amanah Investment Bank Bhd berkata pihaknya terus mengunjurkan OPR kekal pada paras semasa pada 3.00 peratus sepanjang 2025 berdasarkan tanpa tekanan inflasi yang didorong oleh permintaan dengan ketara dan penilaiannya bahawa kadar semasa menyokong trajektori pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Inflasi keseluruhan Malaysia kekal pada 1.7 peratus tahun ke tahun pada Jan 2025, dalam anggaran julat kami berikutan inflasi makanan yang sederhana kepada 2.5 peratus tahun ke tahun (Disember 2024: 2.7 peratus tahun ke tahun) berikutan inflasi makanan mencatatkan sedikit penurunan daripada paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan yang dicatatkan pada bulan sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, CIMB Investment Bank Bhd mengulangi jangkaannya bahawa OPR kekal pada 3.00 peratus untuk tempoh yang lebih lama, dengan kadar inflasi diunjurkan pada purata 2.6 peratus pada 2025.

“Inflasi teras naik kepada 1.8 peratus pada Januari (Disember 2024: 1.6 peratus) manakala inflasi keseluruhan kekal pada 1.7 peratus.

“Kos buruh dan pengangkutan yang tinggi dijangka kekal sederhana, dengan inflasi kekal dalam sasaran rasmi antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus tahun ini, menyokong OPR pada 3.00 peratus sepanjang 2025,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan