Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Baby Shima mendedahkan beliau akan melancarkan single pada Hari raya Aidilfitri ini dan selepas perayaan tersebut. Foto: Ezzany Yusof (TVS)

Baby Shima masih menunggu masa untuk lancar single Iban

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 22 Feb: Penyanyi dangdut tanah air, Baby Shima masih menunggu masa untuk melancarkan single terbaharu bahasa Iban pada tahun ini.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, berkata, beliau masih menunggu sebuah lagu daripada komposer Hairee Francis yang terkenal dengan karya hit Bujang Sarawak.

“Saya juga sedang menunggu lagu dari Hairee Francis dan insya-Allah, saya akan mempunyai lagu berbahasa Iban bersama Hairee Francis yang merupakan pencipta lagu Bujang Sarawak.

“Saya suka karya beliau yang sangat bagus dan saya rasa Hairee adalah paling unik di Sarawak setakat ini,” katanya kepada TVS selepas penggambaran Pesta Raya TVS Inspirasi Duniamu di sini malam tadi.

Shima yang juga pelantun lagu Lalai turut menyatakan walaupun niat untuk menghasilkan lagu berbahasa Iban ada namun perancangannya masih dalam proses dan akan melihat ia berkembang pada masa hadapan.

Pada masa sama, Shima mendedahkan beliau akan melancarkan single pada Hari raya Aidilfitri ini dan selepas perayaan tersebut.

Untuk rekod selain Bujang Sarawak, Baby Shima juga aktif dalam menyanyikan lagu Sarawak seperti Bekikis Bulu Betis dan Rami Oohhaa- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan