Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aisha Retno atau nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam. Foto Ezzany Yusof (TVS)

Aisha Retno impi nukil lagu tradisional Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 22 Feb: Penyanyi tanah air Aisha Retno atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, menyatakan impiannya untuk menghasilkan lagu-lagu tradisional yang mencerminkan budaya Sarawak.

Jelasnya, berada di Sarawak merupakan inspirasi baginya untuk menukilkan lagu-lagu tradisional  yang mempunyai elemen Sarawak.

“Saya rasa perjalanan ke Sarawak ini sangat memberi inspirasi untuk saya menulis lagu-lagu yang berkaitan dengan Sarawak,” katanya kepada TVS selepas penggambaran Pesta Raya TVS Inspirasi Duniamu di sini malam tadi.

Ujarnya jika tiada halangan, beliau akan melancarkan album pada tahun ini dan pada masa sama berkongsi rasa minatnya terhadap dunia teater muzikal, Aisha berharap suatu hari nanti dapat menggabungkan impian tersebut dalam karya seni termasuk memainkan watak Puteri Santubong.

Aisha menambah dirinya gemar meneroka pelbagai genre terutamanya pada keinginan untuk memperkenalkan semula elemen tradisional dengan sentuhan moden.

“Saya rasa Malaysia sangat luas dengan tradisionalisme kita dan saya percaya generasi muda kini tahu tentang tradisionalisme negara kita yang sangat tinggi. Saya ingin memperkenalkan semula elemen-elemen tradisional dengan sentuhan moden dan saya sangat teruja untuk apa yang akan datang dalam genre ini,” katanya lagi.

Untuk rekod, Aisha mula berkecimpung dalam industri hiburan pada tahun 2018 dan melancarkan single pertamanya berjudul Mengikat Jiwa pada tahun sama.

Aisha juga popular dengan lagu W.H.U.T., Ketipak Ketipung Raya bersama Aziz Harun, Sutera dan lain-lain. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan