Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba di tanah air pagi ini, selepas menjalani rawatan di luar negara. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba di tanah air pagi ini, selepas menjalani rawatan di luar negara.

Menurut hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan pegawai-pegawai Istana Negara.

“Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Istana Negara menerusi kenyataan pada 18 Feb memaklumkan Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan muskulosletal (otot dan tulang) di luar negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan