Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Media Sosial

ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin meninggal dunia selepas main bola sepak

ByBernama

GEORGE TOWN, 22 Feb: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata Ishsam rebah semasa bersalaman dengan pemain lain di tepi padang pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di stadium itu.“Beliau telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 5.40 petang selepas bantuan kecemasan diberikan di tepi padang.”Yang Berhormat telah disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan HPP pada 6.28 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.Abdul Rozak berkata mayat Ishsam dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Difahamkan Ishsam yang lahir pada 31 Ogos 1966 merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak sekitar 80-an dan 90-an. Allahyarham merupakan calon UMNO bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N48 Ayer Kuning pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Tapah telah memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan