Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kira-kira 90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza telah musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal. Foto fail AFP

90 peratus kediaman di Gaza musnah – IOM

ByBernama

GAZA, 22 Feb: Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM) mendedahkan bahawa kira-kira 90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza telah musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Kenyataan itu dikeluarkan pada Jumaat susulan lawatan Ketua Pengarah IOM Amy Pope dan Penyelaras Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki, Muhannad Hadi.

IOM menegaskan bahawa pihaknya dengan penyelarasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kemanusiaannya, sedang mempergiat usaha untuk menyediakan bantuan tempat perlindungan kecemasan.

Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza, menurut kenyataan itu.

“Rakyat Gaza pulang ke rumah hanya untuk mendapati kediaman mereka telah menjadi runtuhan. Mereka kini terpaksa bertahan dalam kesejukan dan hujan dengan sedikit atau tiada tempat perlindungan,” tegas IOM dalam satu hantaran di platform X. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan