Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Mohd Harfizi Baharom (kanan) bersama ketua jurulatih Pasukan Hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasiruddin bersama Piala TNB pada sidang akhbar menjelang Final Piala TNB dan Piala Vivian May Soars di Stadium Hoki Bukit Jalil, hari ini. Foto Bernama

TNB perlu tampil aksi luar biasa, THT sandar magis Faizal Saari

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Ketua jurulatih skuad Tenaga Nasional Berhad (TNB) Nor Saiful Zaini Nasiruddin menyeru anak buahnya beraksi dengan lebih luar biasa dalam usaha mempertahankan Piala TNB 2025 pada aksi final menentang Terengganu Hockey Team (THT) di Stadium Hoki Nasional di sini esok.

Nor Saiful menyifatkan pasukan lawan di bawah kendalian Mohd Hafizi Baharom kini berada dalam prestasi terbaik mereka, oleh itu pasukan TNB selaku juara bertahan tidak boleh mengambil mudah aksi yang dijangka mencabar.

“Pemain perlu bermain sebagai satu pasukan. Kedua, mereka perlu beraksi mengikut perancangan dan tampil luar biasa. Jika dalam perlawanan biasa pemain tidak boleh mengambil bola dari belakang tetapi di final, sekiranya perlu melakukan sesuatu yang lebih, mereka harus melakukannya kerana tekanan perlawanan akhir berbeza.

“Pemain juga perlu membina keyakinan antara satu sama lain kerana ia dapat mengurangkan tekanan,” katanya pada sidang media menjelang final di Stadium Hoki Nasional di sini hari ini.

Semalam, skuad TNB mengesahkan tempat ke pentas final selepas membelasah Maybank 7-4 di Stadium Hoki Nasional 2, manakala THT mara ke final selepas menewaskan Matador 1-0.

Sementara itu, Mohd Hafizi menegaskan skuadnya akan memanfaatkan kepakaran penyerang sensasi Faizal Saari yang akan diturunkan sebagai pemain wajib dalam usaha memburu gelaran treble bagi tahun ini pada aksi final esok.

“Berdasarkan statistik, Faizal berada dalam prestasi terbaik musim ini. Dalam setiap perlawanan dia yang paling banyak menjaringkan gol dan kami mengharapkan sesuatu daripadanya.

“Kami mungkin dapat mengurangkan ancaman tetapi tetap perlu bersiap sedia. Kemahiran yang dimiliki beliau amat diperlukan untuk perlawanan akhir,” katanya.

Semalam, Faizal menjadi wira pasukan THT apabila berjaya meledak jaringan tunggal menentang Matador untuk mara ke final.

Sebagai rekod, perlawanan final esok merupakan kali keempat berturut-turut TNB dan THT bertemu dalam aksi final Piala TNB.

TNB telah menjuarai Piala TNB bagi edisi 2022 dan 2024, manakala THT menjuarai edisi 2021 dan 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan