Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

TDM tahan 29 pendatang tanpa izin warga Myanmar di Kubang Pasu

ByBernama

ALOR SETAR, 21 Feb: Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 29 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar termasuk seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kubang Pasu semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan dilakukan pada 6.15 petang semalam di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

“Pasukan operasi yang melaksanakan rondaan telah mengesan dan menahan sekumpulan orang awam yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 29 orang awam itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan pendatang asing tanpa izin warga Myanmar. 15 lelaki, 13 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berumur antara enam hingga 41 tahun berjaya ditahan,” menurut kenyataan itu.

2 Divisyen memaklumkan sejumlah wang tunai, 19 telefon bimbit, sebuah komputer riba dan barang perhiasan diri yang kesemuanya dianggarkan bernilai lebih RM19,800 turut dirampas.

“Kesemua mereka telah diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan