Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taman Negara Niah. Foto Faisal Rambli (TVS)

Taman Negara Niah ditutup sementara

BySalasiah Safian

MIRI, 21 Feb: Taman Negara Niah akan ditutup sementara sehingga pertengahan Mac 2025.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan dan penyelenggaraan berikutan kesan banjir baru-baru ini.

“Tapi kali ini terpaksa ditutup kerana banjir sudah melewati apa kata orang, paras air yang sangat tinggi. Jadi terpaksa ditutup bermula daripada pengkalannya sendiri dan kerana itu Sarawak Forestry Corporation (SFC) menutup dahulu. Difahamkan bermula sekarang sehingga mungkin pertengahan Mac dan kalau segalanya selesai diurus, dibersih dan diatur semula sebab ianya melibatkan bangunan yang di dalamnya ada galeri, jadi banyak perkara yang perlu dibersihkan.

“Saya juga difahamkan perlu dicat semula, sebab memang banjir tahun tok agak dahsyat sikit sebab masuk ke dalam bangunan. Paras air nya tinggi kali tok. Hingga effectnya kepada harta pejabat, jadi sekarang ini mereka masih lagi membuat pembersihan, keseluruhan bahagian bawah di pejabat di Pengkalan Lobang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TVS hari ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai penutupan boleh melayari laman rasmi Facebook Sarawak Forestry Corporation.

Untuk rekod, Taman Negara Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 31 Julai 2024 semasa sesi ke-46 World Heritage Committee di New Delhi, India. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan