Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hussein Omar Khan bercakap dalam sidang media di IPK Selangor hari ini. Foto, Amiruddin (TVS).

Suspek cabul kanak-kanak perempuan di Masjid Batang Kali ditahan

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR,21 Feb: Polis Selangor mengesahkan telah menahan seorang lelaki tempatan tengah hari ini bagi membantu siasatan berkaitan satu video yang tular di media sosial sejak pagi tadi yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dicabul di sebuah Masjid di Batang Kali oleh seorang lelaki.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan dibuat sepasukan polis tengah hari ini selepas menerima laporan daripada ibu bapa mangsa pagi tadi.

“Kita sudah menahan seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun dengan pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Pihak polis akan memohon perintah mahkamah untuk reman suspek,”katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh.

Kata beliau, polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan suspek mempunyai kad orang kelainan upaya (OKU).

“Siasatan mendapati suspek tidak mengenali mangsa.

“Mengenai suspek mempunyai kad OKU pula, kita sedang siasat kerana kita khuathir kad itu bukan miliknya,” katanya.

Sejak pagi tadi, tular di media sosial menerusi satu kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki dilihat masuk dalam kawasan solat muslimat dan menuju ke arah mangsa yang sedang bersolat di bahagian belakang jemaah wanita.

Suspek tersebut kemudiannya bertindak memeluk dan mendukung kanak-kanak perempuan itu bagi dibawa keluar dari kawasan solat muslimat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan