Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris. Foto Pusat Khidmat DUN Simunjan

Regata Simunjan sempena Pesta Simunjan Edisi ke-5 2025 berlangsung 2-5 Okt

BySuara Sarawak

KUCHING, 21 Feb: Acara sukan air berprestij, Regata Simunjan, akan kembali menemui masyarakat setempat dari 2 hingga 5 Oktober tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, berkata pengelolaan sukan air pada tarikh tersebut bersempena dengan Pesta Simunjan Edisi ke-5 2025.

“Pesta Simunjan Edisi ke-5 akan berlangsung dari 2 hingga 5 Oktober nanti.

“Serentak dengan itu, turut berlangsung Regata Simunjan, iaitu perlumbaan sukan air berprestij yang merupakan acara teras setiap kali berlangsung pesta berkenaan,” ujarnya.

Awla berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan Agensi-Agensi Pelaksana Daerah Simunjan 2025 di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini malam tadi.

Beliau percaya Regata Simunjan 2025 kelak pasti lebih meriah, mengambil kira reputasi dan kejayaan rekod pengelolaan pada tahun sebelum ini yang turut menghimpunkan pasukan handalan dari beberapa kawasan.

Beliau memberitahu, beberapa acara sukan lain serta program kebudayaan dan sebagainya juga akan diadakan pada tarikh berkenaan.

“Beberapa acara sukan lain, termasuk program kebudayaan dan sebagainya, dilangsung sama kelak,” tambah Awla lagi.

Hadir sama pada majlis semalam adalah Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bohari Bujang, Pegawai Daerah Simunjan, Sanuyah Mohamad, dan beberapa ketua jabatan agensi kerajaan di Daerah Simunjan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan