Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hussein Omar Khan menunjukkan antara peralatan yang dirampas polis dalam serbuan makmal dadah di Serdang baru - baru ini. Foto, Amiruddin (TVS).

Polis tumpaskan sindiket dadah cecair ‘vape’, nilai rampasan lebih RM9 juta

ByHafeezzur Muzamir

SHAH ALAM, 21 Feb: Polis Selangor berjaya membongkar makmal pemprosesan cecair rokok eletronik atau ‘vape’ disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine membabitkan rampasan lebih RM9 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dadah itu dipercayai untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Jelas beliau polis menahan tujuh individu dalam serbuan yang dijalankan bermula 17 hingga 19 Februari lepas di sekitar Serdang.

“Operasi bermula dengan penahan seorang suspek wanita tempatan di lobi sebuah kondominium di Seri Kembangan yang sedang memegang satu sampul plastik mengandungi dua kotak katrij berisi cecair ‘vape’ yang disyaki dicampur  methamphetamine.

“Susulan tangkapan itu polis telah menyerbu sebuah unit kondominium sama dan kita berjaya merampas 58 kotak katrij berisi cecair vape,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Kata beliau polis kemudian menyerbu satu lokasi di Seri Kembangan yang dijadikan tempat pemprosesan cecair ‘vape’ itu pada hari sama.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, lima lelaki warganegara asing telah ditahan dengan polis merampas sebanyak 33,019 kotak katrij cecair ‘vape’ campuran dadah jenis methamphetamine dengan anggaran isipadu sebanyak 133,000 mililiter.

“Pada 19 Februari lepas, polis menahan seorang lelaki tempatan di Puchong yang berperanan sebagai ‘pembancuh’ cecair ‘vape’ untuk sindiket itu.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 21 hingga 37 tahun dan kita turut menyita sebuah kereta bernilai RM50,000,” katanya.

Tambah Hussein Omar, tangkapan itu disifatkan sebagai kejayaan terbesar Polis Selangor dalam membongkar sindiket dadah menerusi cecair rokok eletktronik.

Kesemua suspek ditahan reman selama lima hingga tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan