Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung satu kejadian yang dikatakan kebakaran kira-kira jam 7.20 pagi tadi. Foto hiasan Envato

Pemilik rumah masak dengan kayu api cetus kebimbangan warga Matang Jaya

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 21 Feb: Tindakan seorang pemilik rumah di Lorong Matang Jaya di sini memasak dengan menggunakan kayu api, mencetuskan kebimbanganorang ramai berdekatan susulan menyangka kediaman tersebut terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung satu kejadian yang dikatakan kebakaran kira-kira jam 7.20 pagi tadi.

Menurutnya, laporan daripada pengadu diterima menerusi panggilan kecemasan MERS 999, yang memaklumkan terdapat kebakaran di alamat berkenaan.

Susulan itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya telah dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, ketua operasi memaklumkan tiada kebakaran yang berlaku seperti dilaporkan.

“Kita dapati hanya pemilik rumah yang sedang memasak menggunakan kayu api,” dia memaklumkan menerusi satu kenyataan hari ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan